Sunday, 20 November 2016

My Miniature Sailing Boat

Assalamualaikum...

Satu lagi hasil kerja my miniature... sailing boat...


Terima kasih. Hingga berjumpa lagi.... ta taaa..

p/s : Sabda Rasulullah S.W.S

“Wahai Ali, ada tiga perkara yang tidak boleh engkau tunda, yakni shalat jika telah tiba waktunya, jenazah apabila telah hadir, dan wanita apabila telah ada calon suami yang sekufu.” (HR. Tirmidzi dan Ahmad; hasan)

My miniature "dapur orang kampung"

Assalamualaikum...

Untuk hari ini, sy cuma nak share hasil kerja my miniature yg telah sy buat beberapa bulan lepas... untuk di kongsikan bersama anda di luar sana.


Terima kasih.

p/s : Islam bukan agama akal logik tetapi ia adalah wahyu dari Allah dan di terjemah dan di tafsirkan oleh kekasihNYA Nabi Muhammad SAW...
Faham tahu dan beramal lah. Semoga Allah merahmati kita semua dgn taufiq dan hidayah NYA.




Thursday, 6 October 2016

My Mini Garden

Assalamualaikum....
Hari ini sy telah berjaya menyiapkan satu mini garden dr polymer clay dan bahan2 terbuang seperti kotak, polystrene, kertas tebal, aluminium dr tin susu, batang pencungkil gigi, tanah atau pasir dan dawai.

Banyak kelemahan dari segi penyedian yg sy pamerkan disini. Jika ada pertanyaan, bolehlah ajukan kpd sy.

 
Polystrene yg dipotong empat segi sama yg disusun seperti batu bata.

 

Ganmbar diatas adalah Polystrene yang telah siap di susunkan diwarnakan seperti warna  batu bata. Sy sapukan sedikit gam dan taburkan pasir atau tanah untuk lebih detail.


Skop kecil dalam gambar diatas adalah dari tin aluminium bekas penutup susu


Meja bulat putih tu sy ambil dr packing pizza hut


Pasu bunga sy buat dari kertas terbal atau kelender lama yg tebal. Sementara bunga daun sy guna sculpey polymer clay. Kasut Pua Chu Kang dr polymer clay.


Kemudian susunlah mengikut citarasa. Selamat mencuba.

Monday, 12 September 2016

Miniature sewing machine in the bottle

Assalamualaikum....

Hai n jumpa lagi. Hari ini sy cuma nak kongsikan gambar susun atur atau decoration ruang untuk mesin jahit saya ke dalam sebuah botol.

Bagi mengelakkan dari berhabuk maka saya terfikir untuk letakkan mesin jahit mini saya ke dalam botol disusun bersama dengan beberapa gulungan kain, kotak benang, gunting dan  taylor dummy...








PS : peringatan buat diriku juga pembaca2.... jgn tinggal solat... 


Miniature garden decoration

Assalamualaikum kpd pengunjung2 blog sy yg masih baru bertateh ini.... Hari ini bertarikh 12hb Sept 2016 bersamaan 10 Zulhijjah 1437 Masihi... selamat hari raya aidil adha buat saudara2 islam ku ... semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah serta akan menjadi tetamu Allah bg melaksanakan ibadah haji... ameen. In sha Allah.

Ok.... hari ini complete lah my mini gardening and tools and decor. 



 Penyiram diatas, saya buat dari tin air minuman ringan. Begitu juga dengan baldi, sy gunakan bahan yang sama. Sementara bagi shovel kecil saya gunakan kertas tebal dan kayu pencungkil gigi.


Shovel atau skop tanah saya buat dari tin air minuman ringan, pencukil gigi, gam dan pewarna. Bagi fork brush atau penyapu bergigi saya buat dari wayer aluminium, kayu pencukil gigi, gam dan pewarna


Penyapu comel saya yang ada didalam gambar diatas di perbuat daripada tali guni, dawai halus dan pencungkil gigi. Sementara bekas penyimpan tools saya gunakan bekas makanan ringan sumi yang saya potong kepada 2 bahagian.

 Kasut phua chu kang (yellow rubber boots) saya buat daripada sculpey polymer clay oven bake warna kuning.



Dinding sy buatkan dari polystrene yg saya sapukan gam putih dan taburkan dgn pasir. Begitu juga dengan lantai saya guna kan gam dan saya taburkan pasir halus.

Untuk meja, tempat letak pasu pokok dan rak pada dinding semuanya saya gunakan soft wood yg saya beli di spotlight store mines seri kembangan sewaktu saya balik bercuti ke Malaysia.

Terima kasih.

Beberapa picture semasa proses di jalankan ( tak complete)












Selamat dan assalamualaikum..
ps : peringatan buat ku juga saudara2 diluar sana... jgn tinggal solat... solat awal waktu tau....

Saturday, 3 September 2016

Miniature sterika lama @ old iron

Assalamualaikum...

Mendapat inspirasi kerana gara2 kawan2 sekolahku bermain kutu iron noxxa. Maka terfikir tentang iron lama zaman mak2 zaman tok2 nenek di era tahun 70 an. Rasa nak mencuba dan sy pun memulakan langkah mencuba dan hasilnya hmmm mcm bolehlah kot adalah rupa seperti iron lama.... masih byk kaw yg perlu dibaikki.
Selamat mencuba.










Miniature pyrex cooking ware

Assalamualaikum ...

Hari ini sy nak share cara untuk membuat cooking ware yg cute.

Bahan2 yg diperlukan :

1. Polymer clay oven bake
2. White glue
3. Bekas ubat @ bekas strepsil  dlm 2 size
4. Acrylic colour
5. Berus warna
6. Gunting / cutter knife

Step A
Gunting dan potong mengikut size yg sesuai... penutup misti lebih besar dari size badan periuk.





Step B 
Gentel2 polymer clay dan bentukkan sebagai pemegang penutup periuk comel. Than bake.






Step 3
Setelah polymer clay tadi sejuk dan gamkan. Setelah itu warnakan dan lukis corak mengikut kesukaan anda.









Selamat mencuba.

Assalam...