Monday, 12 September 2016

Miniature sewing machine in the bottle

Assalamualaikum....

Hai n jumpa lagi. Hari ini sy cuma nak kongsikan gambar susun atur atau decoration ruang untuk mesin jahit saya ke dalam sebuah botol.

Bagi mengelakkan dari berhabuk maka saya terfikir untuk letakkan mesin jahit mini saya ke dalam botol disusun bersama dengan beberapa gulungan kain, kotak benang, gunting dan  taylor dummy...








PS : peringatan buat diriku juga pembaca2.... jgn tinggal solat... 


Miniature garden decoration

Assalamualaikum kpd pengunjung2 blog sy yg masih baru bertateh ini.... Hari ini bertarikh 12hb Sept 2016 bersamaan 10 Zulhijjah 1437 Masihi... selamat hari raya aidil adha buat saudara2 islam ku ... semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah serta akan menjadi tetamu Allah bg melaksanakan ibadah haji... ameen. In sha Allah.

Ok.... hari ini complete lah my mini gardening and tools and decor. 



 Penyiram diatas, saya buat dari tin air minuman ringan. Begitu juga dengan baldi, sy gunakan bahan yang sama. Sementara bagi shovel kecil saya gunakan kertas tebal dan kayu pencungkil gigi.


Shovel atau skop tanah saya buat dari tin air minuman ringan, pencukil gigi, gam dan pewarna. Bagi fork brush atau penyapu bergigi saya buat dari wayer aluminium, kayu pencukil gigi, gam dan pewarna


Penyapu comel saya yang ada didalam gambar diatas di perbuat daripada tali guni, dawai halus dan pencungkil gigi. Sementara bekas penyimpan tools saya gunakan bekas makanan ringan sumi yang saya potong kepada 2 bahagian.

 Kasut phua chu kang (yellow rubber boots) saya buat daripada sculpey polymer clay oven bake warna kuning.



Dinding sy buatkan dari polystrene yg saya sapukan gam putih dan taburkan dgn pasir. Begitu juga dengan lantai saya guna kan gam dan saya taburkan pasir halus.

Untuk meja, tempat letak pasu pokok dan rak pada dinding semuanya saya gunakan soft wood yg saya beli di spotlight store mines seri kembangan sewaktu saya balik bercuti ke Malaysia.

Terima kasih.

Beberapa picture semasa proses di jalankan ( tak complete)












Selamat dan assalamualaikum..
ps : peringatan buat ku juga saudara2 diluar sana... jgn tinggal solat... solat awal waktu tau....

Saturday, 3 September 2016

Miniature sterika lama @ old iron

Assalamualaikum...

Mendapat inspirasi kerana gara2 kawan2 sekolahku bermain kutu iron noxxa. Maka terfikir tentang iron lama zaman mak2 zaman tok2 nenek di era tahun 70 an. Rasa nak mencuba dan sy pun memulakan langkah mencuba dan hasilnya hmmm mcm bolehlah kot adalah rupa seperti iron lama.... masih byk kaw yg perlu dibaikki.
Selamat mencuba.










Miniature pyrex cooking ware

Assalamualaikum ...

Hari ini sy nak share cara untuk membuat cooking ware yg cute.

Bahan2 yg diperlukan :

1. Polymer clay oven bake
2. White glue
3. Bekas ubat @ bekas strepsil  dlm 2 size
4. Acrylic colour
5. Berus warna
6. Gunting / cutter knife

Step A
Gunting dan potong mengikut size yg sesuai... penutup misti lebih besar dari size badan periuk.





Step B 
Gentel2 polymer clay dan bentukkan sebagai pemegang penutup periuk comel. Than bake.






Step 3
Setelah polymer clay tadi sejuk dan gamkan. Setelah itu warnakan dan lukis corak mengikut kesukaan anda.









Selamat mencuba.

Assalam...



Friday, 2 September 2016

Miniature vintage sewing machine... suatu ketika dahulu

Assalamualaikum....

Sy ini bagaikan pelajar baru dalam kerja kraf "miniature" ini. Mesin jahit kecil ini masih kasar mutu kerjanya dan perlu banyak latihan dan diperbaiki. Namun sy sgt seronok dengan kerja sy ini.

Bahan2 yg digunakan :

1.Polymer clay ( sy guna sculpey III oven bake)
2. Aluminium sheet ( sy guna aluinium dari dalam tin susu kanak2 atau tin minuman bergas)
3. Soft wood for art
4. Jarum peniti
5. Gloss glaze ( sy guna sculpey gloss)
6. Manila kad tebal atau kertas kotak
7. Acrylic color 
8. Berus warna
9. Kertas pasir / kikir kecil
10. Gam putih

Untuk kali ini sy cuma kongsikan gambar hasil kerja sahaja.


Proses permulaan sy membentuk polymer clay menjadi seperti mesin jahit seperti diatas. Maaf kerana terlupa mengambil gambar proses membentuk. Setelah dibentuk dan berpuas dgn hasil maka kemudian di bakar selama 15 min pd suhu 130 celcius.


Setelah itu dibuatkan meja bg mesin jahit. Sy menggunakan softwood sebab senang untuk membentuk dan memotong.


Kikir dan haluskan pd bahagian permukaan clay yg agak kasar dengan kertas pasir atau kikir dan baru disapukan cat (jika perlu) dan di lakarkan bunga yg bersesuaian (contoh sy lakarkan bunga dgn warna emas) dan kemudian baru di sapukan dengan gloss.



Setelah siap, anda bolehlah menghiasnya. Selamat mencuba.