Assalamualaikum....
Sy ini bagaikan pelajar baru dalam kerja kraf "miniature" ini. Mesin jahit kecil ini masih kasar mutu kerjanya dan perlu banyak latihan dan diperbaiki. Namun sy sgt seronok dengan kerja sy ini.
Bahan2 yg digunakan :
1.Polymer clay ( sy guna sculpey III oven bake)
2. Aluminium sheet ( sy guna aluinium dari dalam tin susu kanak2 atau tin minuman bergas)
3. Soft wood for art
4. Jarum peniti
5. Gloss glaze ( sy guna sculpey gloss)
6. Manila kad tebal atau kertas kotak
7. Acrylic color
8. Berus warna
9. Kertas pasir / kikir kecil
10. Gam putih
Untuk kali ini sy cuma kongsikan gambar hasil kerja sahaja.
Proses permulaan sy membentuk polymer clay menjadi seperti mesin jahit seperti diatas. Maaf kerana terlupa mengambil gambar proses membentuk. Setelah dibentuk dan berpuas dgn hasil maka kemudian di bakar selama 15 min pd suhu 130 celcius.
Setelah itu dibuatkan meja bg mesin jahit. Sy menggunakan softwood sebab senang untuk membentuk dan memotong.
Kikir dan haluskan pd bahagian permukaan clay yg agak kasar dengan kertas pasir atau kikir dan baru disapukan cat (jika perlu) dan di lakarkan bunga yg bersesuaian (contoh sy lakarkan bunga dgn warna emas) dan kemudian baru di sapukan dengan gloss.
Setelah siap, anda bolehlah menghiasnya. Selamat mencuba.




No comments:
Post a Comment